Saturday, November 19, 2011

terbang lagi.

kejap je rasanya cuti sebulan lebih ni, dah kene baik sarawak balik. sedih tu memang sedih. siapa yang sanggup berjauhan dengan insan insan yang kita sayang.?? siapa??? siapa sanggup?? hampeh..sorang pon tak nak. kan!!! tapi..apakan daya. saya hanya insan yang lemah.. seminggu sebelum terbang kembali ke sarawak perasaan sebak tu dah mula datang. air mata meleleh. tengok adik adik main. nangis. tengok mama lipat kain. nangis. tengok ayah drive kereta. nangis. tengok adik nina tidur. nangis. beberapa minit selepas skype. nangis. tengok comment comment kawan di laman mukabuku. nangis. kemudian saya berpura pura kuat di hadapan mereka. belagak cool. saya tak mahu mereka lihat betapa sedih nya saya meninggalkan mereka sepanjang pemergian saya ke sana. lepas ni beberapa bulan tak jumpa mereka. hanya dengar suara. dan kalau adapun pesanan mms. saya pasti rindu kalian semua. sebab apa saya rindu? sebab saya sayang mereka.!! kehidupan sebatang kara di sana sangat mencabar. hanya kawan kawan dapat mengubat sedikit sebanyak kerinduan saya. itu pun sedikit. cuma 0.01%. selebihnya..tak siapa yang tahu..
semoga penerbangan sebentar lagi berjalan dengan lancar. serta doakan kesejahteraan saya di sana nanti.aminnn~

  • saya akan rindu mama ayah
  • saya akan rindu adik adik
  • saya akan rindu david cook
  • saya akan rindu kawan kawan
  • saya akan rindu kuala lumpur
  • saya akan rindu semuanya di sini.

*adik nina. school elok elok tw! dun forget to brush ur teeth. jangan gaduh gaduh dengan abg angah. read book okay clever girl!! muahhhh!!


1 comment: